Tuesday, December 08, 2009

Hmm...lamanya aku koma. Hilang dari dunia maya. Bertungkus lumus di dunia yang fana. Macam2 lak yang dah jadi dalam 2-3 minggu lepas. Happy berganti sedih...sedih berganti moody. Camni la baru dikatakan kehidupan. Kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukannya. Aidil adha disambut dengan penuh rasa syukur. Buat pertama kalinya aku sambut Aidil adha dengan sepenuh hati. Dah tau rasa pengorbanan tu camne.

Jumaat, 20 Nov 2009, rumahtangga kami dikejutkan dengan berita yang tak disangka2. Kandungan dah pun disahkan yang jantungnya berhenti berdenyut. Baru je 2 minggu sebelum tu kitorang gi scan...sumernya OK...kata doktor tu la. Aku rasa cam tak nak percaya bila scan kali kedua ni doktor kata janin dah mati (no fetal heart) tapi yang sahkan tu pulak bukannya doktor bodoh2. Memang dah glamer sangat doktor tu. Wife aku lak dah takleh tahan air mata dari terus keluar. Aku paham perasaan dia camne. Tapi, rezeki tu sumer ketentuan Allah. Selagi DIA kata belum, maka belum lah. Jangan lah ditangisi atau disesali. Sayang, kita dah buat sumer yang termampu. Tapi apakan daya, Allah lebih tau apa yang terbaik untuk kita.

So masa tu aku pun tak tau nak buat camne. Nak buat D&C (Dilation &
Curettage) kat sini, tak berpengalaman. Tak tau lak aku nak jaga wife aku camne nanti. So aku ambik keputusan untuk balik ke Melaka. Balik ke rumah, kemas2 baju dulu. Wife aku still lagi nangis2. Petang tu kitorang sampai di Melaka dan terus ke hospital (memandangkan abah aku pun dah 2 hari kat hospital). Melawat dia dulu walaupun masa tu dah jam 7 malam (thanks pak guard sebab bagi gak aku masuk jap). Bincang dengan parents aku bila nak buat D&C tu. Call makcik aku yang keje kat situ, dia kata buat esok (Sabtu). Balik dulu...rehat dan tenangkan fikiran wife aku dulu (fikiran aku skali). Esoknya, abah aku discharged dan wife aku lak 'dicaj'. Sorang kluar, sorang lagi masuk...mau tak pening kepala aku. Sigh...lepas satu, satu.

Aku kesian kat wife aku sebnarnye. Aku tau dia memang sayang sangat ngan baby...dan aku tau camne perasaan dia masa tu. Sedih yang amat. Thanks bebanyak kat mak n mak mentua aku yang datang bagi moral support kat dia. At least dia tau, ramai yang sayangkan dia termasuk la mak aku sendiri. Nak dijadikan citer lagi, hari Sabtu gak la aku kena sakit mata (kat Melaka masa tu tgh wabak). Terpaksa la gak aku tempuh. Blasah je drive n ulang alik gi hospital walaupun mata tak brape nampak. Sakit mata ni lain lak tu. Bukan cam sakit mata biasa tu, tapi siap ngan bengkak, mata berair n kabur2. Alhamdulillah, semuanya dah pun selamat. Cuma nak gi buat checkup untuk wife aku lak pasni. Mintak2 sumernye OK...insya Allah.

Ramai kengkawan yang call n SMS tanya mana aku menghilang 2-3 minggu ni. Ada yang aku bagitau benda sebnar, dan ada yang tak. Best friends aku je la yang tau benda ni stakat hari ni. Yang lain tu nanti la aku citer. Hari ni aku dah alami dan blajar satu lagi rukun iman dengan lebih mendalam dan dengan penuh rasa tawaddu'...percaya pada qada' & qadar. Mungkin ini ujian dariNYA untuk kami menjadi lebih kuat dan tabah...Allah lebih mengetahuinya. Segalanya telah pun tertulis di Luh Mahfuz. Tak perlu sesal atau bebal. Yakinlah bahawa ada yang lebih baik untuk kamu!

NoTaKaKiKu: Rukun iman itu ada 6 perkara. Yakinilah setiap satu daripadanya, nescaya hidup kamu akan lebih tenang...

No comments: