Thursday, December 10, 2009

Langkah-langkah untuk menjadi seorang Nasionalis kental...konon


Langkah pertama:


1. Seluk kocek seluar/handbag biasa atau LV atau Coach/ di mana telefon bimbit atau handphone anda berada.


2. Genggam dengan semangat, handphone jenama JEPUN anda.

3. Sebelum keluar rumah, tutup semua suis terutamanya barangan elektrik jenama JEPUN anda.

4. Pandu kereta jenama JEPUN anda.

Langkah kedua:

1. Kunjungi Muzium Negara (di mana Pameran Darurat/Anti-Komunis sedang berlangsung).

2. Angkat handphone jenama JEPUN anda dan jerit di pintu masuk Muzium..

"YA! Saya anti - PENJAJAH! Saya anti - KOMUNIS! Sebab Komunis jahat dan nakal! Jangan bagi Chin Peng balik, sebab brader yang jual buku DBP dekat Istana Budaya tu marah kat dia! Saya perangi KOMUNIS kerana mereka pernah nak rampas negara kita! Kejam! Bluwekk!!"

Bahagian ini, sila jerit dengan lebih semangat patriotisme.

Dan saya juga penyokong barangan JEPUN! Tengok handphone saya! Tengok kereta saya! Tengok barangan elektrik di rumah saya!

Oh ya, sila gunakan BAHASA INGGERIS sewaktu meluahkan semangat patriotisme, nasionalisme dan ism - ism yang lain tadi.


NoTaKuKuKaKiKuKaKu: Adakah anda seorang Nasionalis kental???


Source(s): http://www.zahiriladzim.blogspot.com/

No comments: