Wednesday, December 23, 2009

Semester baru kolej isteriku yang tercinta dah pun start. Maka, aku pun kena gak tempias nyer...hehe. Kena la tolong dia siapkan syllabus2, soalan exam dan jugak skema jawapan. Banyak gak aku dah buat ni. Malam kang sambung la balik. Tengah aku sibuk2 buat keje ni, anak buah aku lak call...bagitau result PMR dia. Alhamdulillah...dapat gak 9A...suspen btol aku dari pagi tadi. Aku seronok, atok ngan wan dia pun seronok dan yang pastinya, parents dia a.k.a akak dan abang ipar aku mesti la orang yang paling happy.

Hmm...dah besar dah anak buah aku yang sulung ni. Teringat lak masa dia baru lahir dulu. Seronok giler sebab ada anak buah. Lagipun aku ni takde adik. Adik beradik pun 2 orang je...aku ngan akak aku. Bila dia lahir je, aku la orang yang paling happy (macam aku lak bapak dia kan???). Aku pernah jaga dia, tukar lampin dia, buatkan susu untuk dia, tidurkan dia atas perut aku yang besar ni...macam2 lagi la kecuali mandikan dia (sebab aku tak berani...kecik sangat). Tak tau la anak2 buah aku ni tau tak yang aku ni sayangkan diorang (sebab aku tak reti nak tunjuk yang aku sayangkan diorang). Dari kecik lagi dah nampak dah betapa bijaknya budak ni...cepat bercakap, cepat belajar apa2 yang baru dan yang pastinya dia ni nakal masa kecik2 dulu. Aku ingat lagi masa 1st time atok dia antar gi tadika (umur3-4tahun kot). Dia siap cakap kat atok dia "Atok takyah la tunggu Along. Nanti dah abis masa, atok datang ambik k?". Petahnyer la budak ni kalau bercakap...sampai terkedu atok dia kat tadika tu.

UPSR nya...dapat la 4A 1B. Tapi aku tau, dia dapat 1B tu sebab keracunan makanan masa tu. Sepatutnya memang boleh dapat 5A. Tapi tu semua kan takdir Allah. Macam2 benda boleh jadi last2 minute kan? Macam main bola gak. Dan alhamdulillah...PMR ni dia dapat 9A. Buat Along, teruskan kecemerlangan Along ni sampai bila2. Jadikan contoh buat Angah dan Affan. Biar diorang jeles sebab jeles untuk maju ke hadapan tak salah kan? Busu tau kemampuan Along camne. Busu nak tengok Along dapat the best result dalam SPM nanti. Buat Angah dan Affan lak, belajar la sungguh2...jangan asyik tengok kartun dan main PSP tu je. Sekali sekala main game takpe...release tension kata orang putih.

Tahniah Along! Busu do'akan yang terbaik buat Along dan adik2...insya Allah.

NoTaKaKiKuKaKu: Aku dapat brape ek masa PMR dulu? kekeke



Wednesday, December 16, 2009

Tadi duk baring2 sambil tengok TV bersama isteriku yang tercinta. Tiba2 lak ada citer Idola Kecil. Alaaa...yang macam AF tu...tapi untuk budak2 la. Demmm...terpaksa la aku melayan gak (nak ambik ati je). Bila citer tu dah nak abeh...bermula lah adegan sedih-sambil-nangis2 sebab ada peserta yang akan terkeluar. Aku tengok rilek je (takde perasaan). Alih2 dengar bunyi orang nangis yang real nyer. Ku pusing ke belakang...ada orang nangis live dari Pandan Perdana??? Alahai...

NoTaKaKiKu: Lain kali standby tisu yer sayang...hehehe

Monday, December 14, 2009

Dengki sampai mati! Giler ahh tagline citer "Santau" ni. Citer pasal dengki mendengki, benci membenci oleh orang yang busuk hati. Memang ada yang betul2 jadi tapi jarang sangat kita jumpa. Tu citer pasal santau menyantau lah...ataupun dalam bahasa indon nyer, santet. Ada lagi satu jenis hasad dengki ni...aku tak penah jumpa dalam dunia ni kecuali dalam drama2 swasta kat TV tu je. Ni jenis yang cakap depan lain, blakang lak lain. Pastu memfitnah orang, cakap benda yang tak betul...macam la orang yang dia fitnah tu tak tau apa yang dia buat. Dan dia ni jugak kaki putar belit...satu alam dia nak putar. Orang cakap lain, dia bagitau lain. Alaaa...macam yang akhbar2 kat Malaysia ni selalu buat tu.

Nak dijadikan citer, akhirnya aku jumpa gak orang yang camni. Memang kaki putar...apa yang kita cakap, jadi citer lain lak kalau dia citer kat orang lain. Aku kategorikan dia ni sebagai orang yang busuk hati. Hati ni kalau dah busuk, or keras, memang payah la. Ada hadis yang sebut pasal hati yang keras or busuk ni. Aku tak nak la letak hadis tu. Korang boleh cari sendiri. Dan orang yang camni aku kategorikan jugak sebagai takde ADAB. Adab ni ada banyak. Siapa yang belajar Akhlak mesti tau. Kita mesti ada adab dengan parents, kawan2, jiran, tetamu dan macam2 lagi la. Takde salahnya bergurau, tapi biar la berpada2. Aku sendiri memang jenis yang suka bergurau...sama ada dengan family aku, wife or kawan2.

So, nasihat pada isteriku yang tercinta...sabarlah. Selagi kita berada di landasan yang benar, teruskanlah. Jangan kita takut dan berundur kerana kebenaran pasti akan terserlah. Kita dah ada pengalaman pasal benda ni dulu...belajarlah dari pengalaman. Better senyap daripada bawak mulut sana-sini. Banyak bercakap, banyak bohongnya. Orang sekeliling akan tau sendiri mana yang betul dan mana yang palsu. Hero kan kalah dulu...hehe.

NoTaKuKuKaKiKuKaKu: "Dan fitnah itu lebih dahsyat dari membunuh" (Surah al-Baqarah: 191)...fikirkanlah

Thursday, December 10, 2009

Langkah-langkah untuk menjadi seorang Nasionalis kental...konon


Langkah pertama:


1. Seluk kocek seluar/handbag biasa atau LV atau Coach/ di mana telefon bimbit atau handphone anda berada.


2. Genggam dengan semangat, handphone jenama JEPUN anda.

3. Sebelum keluar rumah, tutup semua suis terutamanya barangan elektrik jenama JEPUN anda.

4. Pandu kereta jenama JEPUN anda.

Langkah kedua:

1. Kunjungi Muzium Negara (di mana Pameran Darurat/Anti-Komunis sedang berlangsung).

2. Angkat handphone jenama JEPUN anda dan jerit di pintu masuk Muzium..

"YA! Saya anti - PENJAJAH! Saya anti - KOMUNIS! Sebab Komunis jahat dan nakal! Jangan bagi Chin Peng balik, sebab brader yang jual buku DBP dekat Istana Budaya tu marah kat dia! Saya perangi KOMUNIS kerana mereka pernah nak rampas negara kita! Kejam! Bluwekk!!"

Bahagian ini, sila jerit dengan lebih semangat patriotisme.

Dan saya juga penyokong barangan JEPUN! Tengok handphone saya! Tengok kereta saya! Tengok barangan elektrik di rumah saya!

Oh ya, sila gunakan BAHASA INGGERIS sewaktu meluahkan semangat patriotisme, nasionalisme dan ism - ism yang lain tadi.


NoTaKuKuKaKiKuKaKu: Adakah anda seorang Nasionalis kental???


Source(s): http://www.zahiriladzim.blogspot.com/

Pandan-Kajang-KL-Maluri-Pandan...destinasi ku siang tadi...hehehe. Rasa cam London-Paris-New York lak. Ada appointment lak tengahari tadi. Tiba2 jadi busy lak hari ni. Ke'busy'an aku dah start balik hari ni setelah berminggu-minggu lamanya aku menyepi. Alhamdulillah...kembali menemui kekuatan dalam kepasrahan...duhh...bermadah la pulak. Pagi tadi breakfast ngan isteri tercinta makan-nasi-lemak-ayam. Lepas tu aku chiao balik umah dan dia lak gi Cyberview...ada lunch meraikan lecturers dan konvokesyen. Best betul...kolej kat Maluri, tapi lunch kat Cyberjaya. Terdapatkah unsur2 rasuah? kekekeke...

Balik je umah, mandi2...wangi2, pastu tengok-TV-sambil-tido...huhuhu. Bergaya betul aku ni kan? Dah siap2 mandi dan wangi2 pun bley tido. Tengahari tu baru teringat aku ada appointment. Terus melompat pakcik! Nasib baik sempat lagi. Ngam2 je aku sampai kat Kajang jam 2PM...giler kentang! Klien pun tak sampai2 lagi. Hmm...takpe, dah memang tu prinsip aku. Biar aku tunggu orang, jangan orang tunggu aku. Lagipun ternampak lak ada jualan handphone murah (ke jualan murah handphone ek?) kat area situ. 70% discount??? Biar betul...

Aku pun menyusun langkah nak masuk dalam khemah tu. Kembang kempis hatiku nak ushar2 handphone murah. Masuk2 je dah nampak iPhone. Tapi harga dia RM200. Aku dah musykil-hairan-ajaib. Belek punya belek...rupa2nya handphone China. Huh...sakit hati den. Patut la murah banget. Jalan lagi ke dalam...sumernyer sama je. Rupa2nya 70% tu kuantiti handphone China, bukan 70% discount...kekeke. Lebih kurang 70% handphone China ada kat dalam tu. Yang 'ogiginal' sumernyer mahal2. Tipah tertipu...buang masa je. Elok je aku keluar, klien call...dah sampai. Jalan selaju mungkin ke kedai-mamak-yang-tak-brape-best (sebab Nescafe ais dia cair je).

Talk-biz-talk-cock...lebih kurang sejam lebih gak la baru setel. Poket kembung, hati pun riang. Isteri tercinta lak call non-stop masa tgh 'berdealing2'. aku ingat pehal la. Rupanya dia takut aku tertido dan lupa ambik dia kat kolej. Huhu...rasanya aku dah call dia jam 2PM, bagitau yang aku kat Kajang jumpa klien. Hmm...termakan ubat bius banyak sangat dia ni. Jam 4PM aku gerak menuju ke Maluri nak ambik isteri tercinta. Pastu kami balik ke rumah. Nak lunch, tapi dia dah kenyang lunch kat Cyberview...plus aku pun tak brape lapar sangat lepas minum Nescafe ais yang cair kat Kajang tadi.

Bila lepas Maghrib tu aku rasa lain macam. Badan rasa letih, rasa cam nak tersembam je. Jalan pun longlai semacam. Aku pun apa lagi, terus landing. Bangun jam 9PM...taraaaa...dapat hadiah sakit perut. Owhhh...'gastritisoblungodia' ku datang lagi. Baru la aku teringat yang aku tak makan lagi sejak pagi tadi. Nak masak, malas. Nak keluar beli makanan pun malas gak. Aku senyapkan je. Kang kalau bagitau cik mek tu kang aku yang kena balik. Hmmm...tapi takleh tahan gak. Skang ni dia tgh tido dan aku lak tgh cover balik lunch-dinner-supper aku untuk hari ni...kekeke. Sampai tgh menaip ni pun ada Nescafe panas kat sebelah serta setin-biskut, sepiring-roti dan sebekas-biskut-kacang
(konon2 lighter meal lah). Hahaha...mana tak 'gumuk'. Mula2 dah macam nak diet-secara-tak-sengaja tapi dah malam kedarah macam2.

Dah lama tak terlupa nak makan camni. Mungkin sebab dah berminggu2 aku tak busy kot. Lain kali kena makan gak. At least dapat makan sebelum Maghrib pun dah kira OK. Tak mo sakit perut gastrik lagi...tak suka, tak suka. Sakitnya mengalahkan orang senggugut. Moralnya, se'busy' mana pun kita, jangan la sampai lupa nak makan. Elok2 sihat wal-'afiat, nanti jadi tak brape nak sihat lak. Boleh menjejaskan fokus kan?

NoTaKuKuKaKiKu:
Esok busy ke tak ek?

Tuesday, December 08, 2009

Hmm...lamanya aku koma. Hilang dari dunia maya. Bertungkus lumus di dunia yang fana. Macam2 lak yang dah jadi dalam 2-3 minggu lepas. Happy berganti sedih...sedih berganti moody. Camni la baru dikatakan kehidupan. Kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukannya. Aidil adha disambut dengan penuh rasa syukur. Buat pertama kalinya aku sambut Aidil adha dengan sepenuh hati. Dah tau rasa pengorbanan tu camne.

Jumaat, 20 Nov 2009, rumahtangga kami dikejutkan dengan berita yang tak disangka2. Kandungan dah pun disahkan yang jantungnya berhenti berdenyut. Baru je 2 minggu sebelum tu kitorang gi scan...sumernya OK...kata doktor tu la. Aku rasa cam tak nak percaya bila scan kali kedua ni doktor kata janin dah mati (no fetal heart) tapi yang sahkan tu pulak bukannya doktor bodoh2. Memang dah glamer sangat doktor tu. Wife aku lak dah takleh tahan air mata dari terus keluar. Aku paham perasaan dia camne. Tapi, rezeki tu sumer ketentuan Allah. Selagi DIA kata belum, maka belum lah. Jangan lah ditangisi atau disesali. Sayang, kita dah buat sumer yang termampu. Tapi apakan daya, Allah lebih tau apa yang terbaik untuk kita.

So masa tu aku pun tak tau nak buat camne. Nak buat D&C (Dilation &
Curettage) kat sini, tak berpengalaman. Tak tau lak aku nak jaga wife aku camne nanti. So aku ambik keputusan untuk balik ke Melaka. Balik ke rumah, kemas2 baju dulu. Wife aku still lagi nangis2. Petang tu kitorang sampai di Melaka dan terus ke hospital (memandangkan abah aku pun dah 2 hari kat hospital). Melawat dia dulu walaupun masa tu dah jam 7 malam (thanks pak guard sebab bagi gak aku masuk jap). Bincang dengan parents aku bila nak buat D&C tu. Call makcik aku yang keje kat situ, dia kata buat esok (Sabtu). Balik dulu...rehat dan tenangkan fikiran wife aku dulu (fikiran aku skali). Esoknya, abah aku discharged dan wife aku lak 'dicaj'. Sorang kluar, sorang lagi masuk...mau tak pening kepala aku. Sigh...lepas satu, satu.

Aku kesian kat wife aku sebnarnye. Aku tau dia memang sayang sangat ngan baby...dan aku tau camne perasaan dia masa tu. Sedih yang amat. Thanks bebanyak kat mak n mak mentua aku yang datang bagi moral support kat dia. At least dia tau, ramai yang sayangkan dia termasuk la mak aku sendiri. Nak dijadikan citer lagi, hari Sabtu gak la aku kena sakit mata (kat Melaka masa tu tgh wabak). Terpaksa la gak aku tempuh. Blasah je drive n ulang alik gi hospital walaupun mata tak brape nampak. Sakit mata ni lain lak tu. Bukan cam sakit mata biasa tu, tapi siap ngan bengkak, mata berair n kabur2. Alhamdulillah, semuanya dah pun selamat. Cuma nak gi buat checkup untuk wife aku lak pasni. Mintak2 sumernye OK...insya Allah.

Ramai kengkawan yang call n SMS tanya mana aku menghilang 2-3 minggu ni. Ada yang aku bagitau benda sebnar, dan ada yang tak. Best friends aku je la yang tau benda ni stakat hari ni. Yang lain tu nanti la aku citer. Hari ni aku dah alami dan blajar satu lagi rukun iman dengan lebih mendalam dan dengan penuh rasa tawaddu'...percaya pada qada' & qadar. Mungkin ini ujian dariNYA untuk kami menjadi lebih kuat dan tabah...Allah lebih mengetahuinya. Segalanya telah pun tertulis di Luh Mahfuz. Tak perlu sesal atau bebal. Yakinlah bahawa ada yang lebih baik untuk kamu!

NoTaKaKiKu: Rukun iman itu ada 6 perkara. Yakinilah setiap satu daripadanya, nescaya hidup kamu akan lebih tenang...

Monday, November 09, 2009

Genap setahun dah aku tak memblog kat sini n Friendster. Post2 yang dahulu kala dah pun aku delete. Maka bermulalah post2 yang baru dalam blog ni. Kalau dulu memang banyak masa yang nak dibuang (sebab tu la hari2 memblog), skang ni agak terhad sket masa aku...masa itu EMAS beb! Dulu masih student...tapi skang tidak lagi. Dulu solo...skang berduet...hehe. Dah kawen rupanya aku ni...macam tak caye je sebnarnya.

Masa berlalu macam tu je. Sedar tak sedar, dah 28 tahun aku hidup atas muka bumi ALLAH ni. Hidup ni macam countdown (alaaa...yang diorang slalu buat masa new year or merdeka tu). Umur kita makin lama makin kurang sebnarnya. Sebab tu aku kata hidup ni macam countdown. ALLAH dah tetapkan brape lama kita hidup atas bumi DIA. Hanya DIA yang tau. So, boleh la dikira sebagai countdown yang tak pasti sampai bila kan? 30 tahun? 40 tahun mungkin?

Dari setitis nutfah, jadi segumpal darah beku...dari segumpal darah beku, jadi seketul daging...dari daging, ditiupkan roh oleh ALLAH dan membesar serta keluar ke dunia dan dipanggil bayi. 9 bulan mak kita jaga kita dalam perut...macam2 dugaan n kepayahan yang diorang rasa. Baru ni la den paham kenapo omak den slalu cakap..."ko ingat sonang ko den nak beranak kan ko? Sampai bolah2 poghut den ni haa maso ko nak kluar dulu ko tau tak???" Hakikatnya, memang susah nak jaga baby dalam perut. Bukan stakat omak den...tapi den pcayo, abah den pun samo2 susah...hehehe. Moralnya, sayangilah parents anda. Sementara diorang ada lagi ni, jaga la hati diorang.

Dulu, masa omak den cakap camtu...aku rilek je. Macam takde pape berlaku. Tapi skang baru aku paham. Sebabnya? Wife aku dah pun disahkan mengandung. Dah masuk minggu ke-8 dah pun. Harap2 selamat la sampai 9 bulan. Baby skang ni kecik lagi. Baru 10 - 15mm je. Masa gi scan aritu, dah nampak jantung dia berdegup. Rasa cam terharu sangat masa tu. Terharu sebab aku akan ada zuriat yang berbin or berbinti kan Mohd Ariff...insya ALLAH. Terharu sebab kesian tengok wife aku bersusah payah nak jaga kandungan dia. So, aku dah rasa apa yang abah den rasa dulu. Walaupun wife yang mengandung...suami ni pun rasa gak susah dia. Tapi ku turutkan jua sumer kehendak dia. Time ni lak dia tgh berselera makan. Tak penah2 wife aku makan banyak camni. Memang buatan orang betul la. Aku yang memang berselera ni pun jadi makin berselera (yang bulat bertambah bulat).

Do'a n tawakkal mengiringi janin dalam rahim wife aku. Aku redha dengan sumer kemungkinan. Yakin dengan apa yang dikurniakan ALLAH sebab hanya DIA yang tau apa yang terbaik buat hambaNYA. Itu yang kita kena buat dalam hidup ni. Yakin apa yang kita buat, usaha bersungguh2, do'a supaya segala2 nya berjalan dengan lancar n last skali tawakkal or berserah. Dah banyak kali aku praktikkan benda2 ni...alhamdulillah, memang menjadi. Nanti lain kali kita citer lagi pasal do'a n tawakkal ni.

Ahh...serius la pulak blog aku kali ni...boring. Dah puas aku membebel. Nak gi mandi...pasni nak kluar gi Shah Alam lak. Hmmm...it's been a busy couple of weeks. Sumer nya untuk wife dan family den yang kecik...hehe. I'm a family man! 1 Family - family didahulukan,
pencapaian diutamakan...kekekeke.

NoTaKuKuKaKiKu: HambaMU ini insan yang hina...