Wednesday, March 17, 2010

Islam Itu Selamat

Jemu, muak, menyampah...hari2 cerita pasal konon2 mendaulatkan Melayu, memartabatkan Melayu dan macam2 lagi kata2 dusta si pemimpin. Tapi hakikatnya? Tanah2 Melayu dibeli oleh pemimpin2 ni dengan harga yang sangat murah dan dijual pula dengan harga yang lebih mahal kepada bangsa Cina. Malah ada yang dijual kepada warga asing. Nak bantu Melayu konon. Tak cukup lagi? Melayu2 ini dijanjikan dengan pelbagai kemudahan...kononnya. Tapi itu semua janji2-manismu. Cakap tak serupa bikin. Anda sebagai pemimpin Melayu bertempik-terpekik-terlolong konon2 mendaulatkan bangsa Melayu. Ada apa dengan Melayu? Dan Melayu2 yang 'dibeli' ini masih lagi terus dihimpit kebodohan yang-amat-nyata. Bangunlah bangsa Melayu...bangun bersama agama nenek-moyangmu...Islam. Bukannya dengan bertanjak dan berkeris semata2. Tapi dengan iman kita yang nipis.

Pemimpin. Siapa yang layak memimpin? Tak semestinya Melayu. Tapi yang pastinya...Islam. Cina, India, Mat Saleh? Semua boleh. Asalkan Islam. Dan sebagai pemimpin, anda harus belajar. Cari ilmu...dan yang penting, berbakat. Bukannya 'wannabe'.

Melayu dah maju? Tidak...bukan Melayu, tapi Malaysia. Melayu itu masih mundur. Masih ketinggalan 10-20 tahun berbanding kaum2 yang lain. Kenapa tak tegakkan Islam? Jawapannya...takut.

Pemimpin2 ini takut?
Bukankah Islam itu selamat dan mudah?
Kenapa mereka rasa susah?

Takutlah...kalau Islam ditegakkan, tiada lagi 'duit kopi'...tiada lagi 'pendapatan' ratusan ribu. Mereka ini jumud! Sempit! Yang memimpin, Melayu. Dan Melayu yang dipimpin pula semakin terhimpit dek kejumudan pemimpin2 mereka.


Ad-deenul Haq itu bermaksud agama yang benar

Anda Islam? Bersyukurlah kalau anda dilahirkan sebagai Islam. Bukan Melayu ya! Melayu itu hanyalah satu kaum yang sangat kecil di dunia. Tapi jika berdiri atas nama Islam, kita menjadi sangat besar. "Kita ingin membela nasib Melayu"..."Kami berdiri atas nama Melayu!"..."Takkan Melayu hilang di dunia". Itu semua kenyataan2 rasis pemimpin2 kita...dari zaman penjajah lagi. Hinggalah sekarang...sikit2 Melayu. Ada apa dengan Melayu? Namanya pun ada perkataan 'layu' di situ.

Aku Melayu...
Ibu Bapaku juga Melayu...
Isteriku? Dah tentu la Melayu...
Saudara2ku pun Melayu...
Melayu itu sinonim dengan diriku...
Sehinggakan aku layu...
Layu tak disirami agama dan ilmu...

Tapi kenapa ku kritik juga kaum Melayu? Kita semua terlupa...bahawa Islam itu lebih penting. Bahkan ada yang memperlekehkan Islam. Contoh yang paling jelas, isu bertudung. Yang tak bertudung ni beranggapan bahawa mereka ini belum-sampai-seru. Belum-sampai-seru??? Mana datangnya istilah tu? Menutup aurat itu WAJIB hukumnya. Bukan sunat, bukan harus, bukan juga makruh. Sampai-seru atau tak, bukan alasan untuk tak bertudung. Bagi aku ini dikira sebagai menghina Islam. Jangan lupa, Islam itulah yang menyatupadukan kaum. Bukan persatuan atau pertubuhan...tapi Islam...agama Allah. Lihat contoh ini...seorang lelaki atau gadis bukan Islam wajib memeluk Islam untuk bernikah dengan pasangannya yang beragama Islam. Kenapa? Antara sebab2nya adalah untuk menyatupadukan semua kaum atas dunia ni.

Aku malu dengan Melayu...
Kenapa?
Sebab tak ramai yang mengenali kaum Melayu (kecuali di rantau Asia Tenggara)
Dan Melayu yang tak berapa ramai ini berlagak seperti dia lah yang paling berkuasa...merayu2
Sedangkan Islam itu amat besar...luas...tiada sempadan

Mana pilihan anda?
Tegakkan bangsa berdaulat? (tak rasis ke bunyinya?)
Ataupun tegakkan Islam? (lebih afdhal bukan?)



Entry kali ni bunyinya macam aku ni anti-kerajaan kan? Tapi itu-bukan-hakikat? Hakikat Islam sebagai Ad-Deen. Sesungguhnya agama di sisi Allah ialah Islam. Fakta belaka. Tiada rekaan di sini. Anda hipokrit (hipokrit yang tak elok)?

Apa bezanya di antara pertubuhan, persatuan dan parti politik berasaskan kaum dan pertubuhan berasaskan Islam? Jawapannya...yang berasaskan kaum itu takkan kemana2. Sentiasa berada di takuk lama. Ya...50 tahun dulu pun begitu (aku-belajar-sejarah). Sentiasa taksub dengan kaum sendiri hingga melupakan agamaNya. Dan yang berasaskan Islam semakin maju. Semakin dikenali ramai. Semakin didekati kebanyakan kaum. Kerana mereka itu manusia...dan Islam itu amat dekat dengan fitrah manusia. Cina, India, Iban, dan Kadazan tak suka Islam? Ye ke? Tak semua la. Tapi kenapa? Sebab tiada pendedahan. Kenapa tiada pendedahan? Sebab terlalu asyik dengan kaum Melayu. Sehingga lupa salah satu tanggungjawab kita yang bergelar manusia iaitu berdakwah.

Di TV...rancangan ilmiah (keagamaan) seminggu, hanya sekali. Sedangkan rancangan hiburan sehari, berkali2. Camne kaum lain nak tau tentang Islam? Negara Islam kah kita? Islam kah negara kita? Sanggup ke kita tengok anak2 kita sesat? Hilang dalam terang? Kalau jawapan anda YA, tandanya dunia memang sedang menghitung hari. Menghitung hari2 untuk MATI.

NoTaKuKuBeSi: Rasa bengang yang meluap2 sehingga tak tahu nak diluahkan ke mana. Islam itu selamat. Yakinlah!

Monday, March 08, 2010

What Kind of Leader Should You Be???

Ter'bahasa' Inggeris lak title kali ni. Tapi dalam bahasa Inggeris gak yang senang kalau nak diluahkan. Anda tau macam mana nak jadi leader yang bagus? Adakah cukup untuk seseorang tu baca buku (mungkin leadership for DUMMIES) atau buat research kat Internet tentang cara2 nak jadi leader? Hell no! Kalau pretend-to-be a good leader, baik tak payah! Buku dan Internet tu kalau setakat nak buat guide untuk kita boleh la. Apa ciri2 seorang leader yang bagus?


Bagi aku...1st sekali, dia mesti tau akhlak. Means...adab sesama manusia. Tak kira kau tu leader ke, balaci angkut najis ke, ataupun sape2 je, kau mesti tau adab sesama manusia. Adab di antara leader dan orang bawahannya camne? Leader mesti tegas. Ya...aku setuju banget. Tegas yer...bukan garang. Seorang leader yang garang tak semestinya dia bagus. Ramai leader yang aku jumpa sangat lemah lembut...tapi tegas. Bagi aku jugak, leader yang garang ni sebenarnya buat kerja ikut emosi. Bila ikut emosi, kerja jadi tak efisyen dan company tak produktif. Kebanyakan yang ikut emosi ni selalunya suka dikipas...tapi bukan semua yer. Contoh seorang leader yang bagus macam ni...katakanlah pekerja bawahan dia buat silap. Panggil dia masuk ke bilik anda dan tutup pintu. Kenapa kena tutup pintu? In case kalau terjadi apa2 pertengkaran ataupun salah satu pihak tak boleh nak control perasaan, staf2 yang lain takkan dengar. Kalau diorang ni dengar, kan ke staf-yang-kena-tegur tu malu? Dan menjatuhkan air muka seseorang kan berdosa? Bayangkan kalau anda (para leader), berada di tempat staf anda. Dan anda ditengking serta diherdik sekuat hati (pintu bilik leader anda terbuka) oleh leader anda. Apa perasaan anda? Suka? Seronok?Jangan sesekali menegur secara terbuka yer! Kalau anda tak bercakap dengan lembut, anda fikir staf anda akan dengar apa yang anda cakap? Comfirm tak! Masuk telinga kiri, keluar telinga kanan...masuk ikut mulut, keluar ikut @#$^%!. Dan staf anda akan mengalami depression. Bila dah depressed, motivasinya takde. Bila dah takde motivasi, kerja pun lingkup. Ni semua psikologi la...fikirkanlah!

2nd...tanya staf tu apa masalah yang sebenar. Bagi peluang untuk dia bercakap. Come on...kat mahkamah pun OKT (orang-kena-tuduh) boleh bela diri dia sendiri. So bagi la peluang yer. Baru la kita tau cerita yang sebenarnya. Owh...sebelum tu...buat analisis dulu. Tengok rekod dia...pernah ke dia buat silap sebelum ni? Kalau sebelum ni dah berkali2 ulang kesalahan yang sama, YES...memang layak dimarahi seolah2 tiada esok bagimu! Tapi kalau itu kesalahan dia yang pertama macam mana? Senang je...cakap elok2. Bagi nasihat dan teguran yang MEMBINA. Bukan tengking, herdik, caci or maki. Sebabnya? Sebabnya...mungkin dia salah. Tapi mungkin itu bukan salah dia 100%. Mungkin banyak pihak yang terlibat. So, berhati2 la lepas tu. Monitor kerja2 anda dan staf anda. Teach them to be you...or CLONE...that's it! The best word ever.

3rd...pantau or monitor staf itu di masa2 akan datang. Guide dia untuk buat kerja dengan baik. Bukan cari kesalahan2 yang dia buat. Setiap manusia buat silap. Anda sebagai leader pun ada buat silap. Kalau kesilapan tu sengaja dicari, memang akan jumpa la...biarpun sekecil zarah. Sama gak kalau kita cari duit. Kalau kita sungguh2 nak cari duit, agak2 dapat tak? Kat kaki lima tu confirm akan jumpa duit walau 1 sen. Cubalah cari kelebihan2 staf anda. Kaji apa yang diorang boleh buat. Jangan cari apa yang diorang tak boleh buat. Barulah produktif. Anda berusaha untuk mencari kesilapan...tapi bukan itu yang sepatutnya.Mungkin dari sudut kerja, anda yang terbaik. Tapi dari segi gaya kepimpinan anda, corak kepimpinan anda macam mana? Selari ke dengan kerja yang anda buat? Seimbang ke?

4th...nak jadi leader ni bukan senang. Banyak dugaannya. Kita akan jumpa staf yang suka mengipas...atau dalam erti kata lainnya...BODEK. Yang membodek, dilayan dengan penuh kesantunan. Penuh adab dan tatasusila. Tapi yang tak reti nak bodek, dilayan bak anjing kurap. Adilkah anda sebagai leader? Anda juga akan berhadapan dengan situasi yang sangat genting. Mungkin paling genting dalam hidup anda (atau mungkinkah layak dipanggil segenting kera?). Dan sebagai leader yang bagus, seharusnya anda bijak membuat keputusan dan mencari jalan penyelesaiannya. Di sini akal dan fikiran menjadi keutamaan. Bukan emosi.

5th...dan yang paling penting, seorang leader harus berani menerima segala kritikan. Dia juga kena ikhlas menerima teguran dari staf2 dia. Apa? Ingat leader takde buat silap ke? Ramai leader yang aku jumpa tak boleh nak terima teguran2 macam ni. Kalau ada yang berani2 nak tegur, confirm kena cantas awal2. Ini bukan demokratik...inilah yang dinamakan autokratik. Pemerintahan kuku-besi. Contohnya, dalam meeting...punya la hebat berhujah. Mintak pendapat staf2 yang lain. Konon2 akan consider la segala cadangan. Tapi akhirnya dia buat keputusan sendiri. Seolah2 apa? Ya...seolah2 dia je la yang betul (sebab tu la dia naik pangkat...konon2). Selfishness...perkataan yang tepat dibidik oleh aku. Trust your people...and you have to know them to know your strength!!!

Fikirkanlah wahai para leader seantero dunia. Jika anda inginkan kerja anda berjalan dengan lancar, praktikkan la apa yang aku-seorang-balaci ni tulis. Respek daripada staf2 anda sangat penting. Anda pasti tak nak staf2 anda memandang lekeh pada anda bukan? Anda harus dicerminkan, barulah anda dapat lihat rupa anda yang sebenar. Jangan anggap anda sentiasa betul. Buat anda (leader2), tanggungjawab anda sangat berat. Jangan sampai disalahgunakan dan tersilap-guna kuasa anda. Di hari muka, anda yang akan disoal. Apa yang kau buat pada si polan? Kenapa? Bagaimana? Dan buat staf2, jadilah pekerja yang berdisiplin, dan penuh dedikasi. Respek itu akan datang dengan sendirinya pada anda...

NoTaKaKiKuKaKu: Artikel ini tidak diciplak dari mana2 pihak. Ia hanyalah pengalaman dan pendapat 2 sen penulis...

Monday, March 01, 2010

Aku, Roti & Lif

Hampeh. Dah la cirit birit. Stuck kat dalam lif lak tu. Apa la malang sangat nasib aku semalam. Aku sorang lak tu yang terkurung. Elok je sampai kat tingkat 12, lif tu jem. Lampu padam. Kipas pun stop. Panik gak la kejap. Nak call emergency line, henpon lak takde (aku pakai public phone je). Dah la pakai kain je. Lepas panik aku dah hilang, mula la aku nak bertindak ala2 James Bond. Akal MacGyver pun mencurah2 datang. Terfikir nak panjat atas bumbung lif ni...kekeke. Jangan la harap...terpengaruh betul dengan citer2 omputih. Lepas 15 minit, dah rasa macam susah nak bernafas. Adehh...mencabar minda betul la time2 camtu. Time2 maghrib la nak jadi benda2 cobaan ni. Menyesal di sini pergi beli roti kat kedai-mamak-bawah-kondo ni.

Aku try bukak pintu lif yang kat dalam tu...yes!! Boleh!! Tapi pintu dalam je la. Pintu kat luar tu takleh la pulak. Menyirap betul. Nak nafas punya pasal, aku kuakkan jugak pintu luar tu. Nasib baik boleh gak sikit2. Gelap giler kat luar tu. Rupa2nya blackout. Aku pun memoncongkan mulutku ke celah pintu besi jahanam sambil meminta tolong...huhu. Ada gak hamba Allah yang dengar. Bagi kat dia nombor fon emergency tu. Alhamdulillah...tak sampai 10 minit ada orang datang bukak kan pintu. Fuhhh...nasib baik tak mati kepanasan + ketiadaan-udara + kehausan + kekainan (kekainan???). Brader tu boleh gelakkan je. Nak je aku sumbatkan dia kat dalam tu. Pastu tutup rapat2 pintu lif tu. Tapi sempat gak aku berterima kasih kat dia (budi bahasa budaya kita). Kalau dia tak datang lagi la parah. Tak sempat nak berborak lama disebabkan waktu maghrib pun dah suntuk.

Isteri tercinta dah menanti penuh gelisah kat rumah...kekeke. Aku lak boleh rilek je masuk...dengan baju yang basah. Nasib baik roti tak basah gak. Penat wehhhh!!! Dah kena mandi balik...hampeh. Sampai hari ni aku fobia nak naik lif. Tengok lif pun tak nak. Tapi terpaksa gak naik. Takkan nak menapak 15 tingkat hari2.

NoTaKaKiKuKaKuBiLaLiFKaKu: Nak pindah rumah bawah la pulak!!!