Thursday, January 21, 2010

Aku & Ketuat (bukan ketupat yer!)

Huh...hangin betul aku dengan ketuat ni. Dah setahun dah pun...tapi tak jugak tanggal2. Nasib baik tak merebak kat tempat lain. Dulu ketuat kat tumit aku ni kecik je...takdela aku heran sangat. Tapi makin lama makin besar lak. Tak leh jadi ni. Kena buat sesuatu. Biar la sakit pun...tetap akan ku hapuskan ia...muahahaha. Nanti kau ketuat jahanam!

Masa zaman sekolah2 dulu, ada gak sebiji kat tapak kaki ni. Tapi aku dah hapuskan dia awal2. Aku ambik pisau kecik, then aku bakar pisau tu sampai panas. Lepas tu aku tekapkan kat ketuat jahanam tu. Esoknya, ketuat tu tanggal sendiri. Hmm...tapi yang ni dah besar. Macam sakit lak kalau aku buat camtu. Nak try buat sesuat yang kurang sakit lak. Aku dah buat R&D (giler ahh...ada R&D ketuat tu!) pasal ketuat ni...camne kejadian dia, apa kelemahan dia, dan macam2 lagi la. Yes! Kelemahan dia tu yang penting. FYI, ketuat lemah pada kepanasan. Kepanasan akan membuatkan sel2 ketuat itu MATI. Tapi kena la dengan suhu yang bersesuaian.

Maknanya betul la apa yang aku buat dulu kan? Tapi kali ni aku nak rendam kaki dalam air panas. Oppss...bukan kaki...sebahagian kaki sahaja iaitu TUMIT-KU-YANG-COMEL. Nanti kau ketuat...berdo'alah banyak2. Ajal kau dah nak tiba...huh. Konon2 MY-LITTLE-FRIEND la tu. Hampess...kau menyusahkan aku. Kau menyakiti tumit ku. Takkan ku lepaskan kau wahai ketuat jahanam. Biar lama mana pun nak tanggalkan kau, aku tetap akan buat anjakan-paradigma...ala2 langkah drastik kerajaan gitu. Jaga cik ketuat...jaga!

NoTaKaKiKuBeRKeTuaT: Nak gi masak air!

Wednesday, January 06, 2010

Hamid Arshat The Return

Alhamdulillah...segalanya OK. Wife aku dah pun disahkan sihat 100%. Lepas scan tadi, Dr. Hamid Arshat buat conclusion yang dia ni dah pun sihat sepenuhnya. Cuma dia bagi ubat untuk cuci rahim je la. Terkejut gak aku...tak bersih lagi ke lepas buat D&C hari tu? Tapi dia kata benda tu normal. Memang biasanya ada balance2 kotoran lepas buat D&C...maklumlah, buat pun kat GH. Macam2 la yang kitorang tanya kat doktor tu...do and don'ts, bila boleh buat anak balik (buat anak???) dan macam2 lagi la.

Sebelum naik ke klinik tadi, aku pandang2 gak kat Restoran Al-Rufi (kat Damansara Heights) tu...kot2 ada la si Man tu (ofis dia kat sebelah klinik tu je). Tapi tak nampak la pulak. Tengah tunggu lif, nampak kelibat manusia berbadan sasa...kekeke. Ada rupanya mamat tu...terselit kat celah pokok bunga sambil menyedut kepulan asap. Main bahasa isyarat je la. Naik dulu...confirmkan appointment dengan receptionist tu dan turun balik lepak ngan Man. Man ni kalau lepak berdua ngan dia, macam2 la cerita (yang biasanya takkan diceritakan kalau ada Amy). Hmm...sabar je la Man. Nanti ada la jodoh lu. Nak nikah ni bukan boleh main sebat je. Kena jadi cerewet sikit!

Lepas selesai check-up, kitorang pun terus balik. Wife aku ambik time-slip, so tak payah la masuk ofis balik. Teruskan je perjalanan pulang ke rumah.

NoTaKaKiKu: Ku berdo'a kepadamu ya Allah...kurniakanlah zuriat yang sihat, comel, dan soleh...aamiiin

Sunday, January 03, 2010

01/01/10...Jumaat. Apa aku buat di kala tahun baru? Pagi2 lagi dah sibuk. Bangun...siap2 dan terus gerak ke Kelana Jaya...ada wedding sepupu blah mak aku. Ikutkan hati, nak je aku tido sampai tengahari...tapi takkan tak pergi lak wedding dia kan? Alhamdulillah...dah pun diijabkabulkan di Masjid Al-Hidayah, SS3 Kelana Jaya. Selamat pengantin baru diucapkan kepada Siti Sara bt Sarif. Semoga berkekalan sehingga ke akhir hayat dan dapat baby yang comel bangat...insya Allah.

Selesai je majlis akad nikah, terus balik rumah...solat Jumaat di Pandan Jaya je la. Tak selesa lak aku nak solat kat Kelana Jaya tu. Kena balik rumah, mandi dulu. Lepas je solat, tak sempat parking lagi macha cuci kereta kat rumah ni panggil aku...nak cuci kereta katanya. Bagus gila kan dia tu? Biasanya kita yang fikir 2-3 kali nak cuci kereta ke tak, tapi kali ni si tukang cuci lak yang sungguh2. Rupa-rupanya dia dah start cuci kereta kat sini luar dan dalam hari ni. Dulu aku bayar dia RM40 dan dia akan cuci 3 kali seminggu...tapi luar je la. Start hari ni dia akan cuci 2 kali seminggu tapi luar dan dalam (4pm-12am). Perghhh...complete tu. Bagus gak tapi nak kena hantar kat dia la. Takpe la...dia pun nak cari rezeki gak kan? Settle je kereta aku berkilat2, ada lak customer SMS, nak ambik stok Eumora. Wife aku lak nak beli barang2 dapur. So, bergegas lak ke Kg. Baru (hantar stok) dan beralih arah ke Tesco Extra Taman Midah (detail giler kan???). Sebab kitorang tak pernah shopping barang2 dapur kat situ...saja la nak beralih angin (padahal dekat je dengan Tesco Ampang).

Lepas shopping, singgah makan kat Kedai-Nasi-Ayam (Chicken Rice Shop la tu). Tengah kitorang khusyuk kedarah, aku terpandang satu family Cina kat depan kitorang. Eleh...biasa je kan? Tapi yang ni agak luar biasa. Dalam ramai2 ahli keluarga dia tu, ada sorang yang pakai tudung. Aku pandang wife aku...dia pun ternganga (sebab ada kulit ayam terlekat kat gigi aku). Rupa2nya dia tu muallaf. Kagum sungguh dengan family tu. Biasanya si muallaf mesti dah kena 'buang' keluarga tapi yang ni siap makan sama2 lagi. Alhamdulillah...mudah2an family dia pun terbuka pintu hati nak masuk Islam...amiiin. Masa on the way nak balik rumah, aku still lagi menyatakan kekaguman aku dengan family tadi kat wife aku...sengih je la dia. Sampai kat rumah pun, kagum aku tu tak hilang2 lagi. Bangun pagi esok...eyyy...brape punya banyak kagum daaa? Cukup la tu...dah bangun pagi tu, dah hilang dah kekaguman itu.

NoTaKaKiKuKaKu: Kagum dengan kekuasaan Allah yang Maha Esa...