Thursday, November 29, 2012

Alhamdulillah...Syukur

Tup-tap-tup-tap... dah 2 tahun tak memblog aka luahan perasan-syok sendiri. Memang aku suka luah perasaan kat dalam ni kalau stress. Rasa puas lepas dah luah tu. Tak kisah la ada yang baca ke tak.

Alhamdulillah... dalam masa 2 tahun ni banyak benda positif yang jadi. Anak pun dah besar... umurnya dah hampir 2 tahun (1 tahun 7 bulan). Karier pun dah stabil. Wife pun dah seronok keje. Kalau dulu aku kena buatkan syllabus dan soalan2 exam, tapi sekarang dia dah boleh buat benda2 tu semua sambil tutup mata... cewahhh. Dia dah ada bank soalan dia sendiri. Dah pandai berdiri-atas-kaki-sendiri. Anak2 buah pun dah besar panjang. Yang sulung dah pun ke menara gading dengan jayanya.

Anak aku, Ibtisam Awfiyah sedang belajar bercakap. Yang best nya tang nak suruh dia panggil mak dia 'ummi'. Boleh bergaduh ngan wife aku. Suruh sebut 'ummi', dia sebut mama mama mama... hahaha. Nasib baik dia nak sebut 'abi'. Tu yang buat wife aku jeles tu. Apa2 pun, thanks sayang... coz jaga anak kita dengan baik. Bab jaga anak dan mengemas memang aku puji wife aku ni. Sangat2 teliti. Alhamdulillah. Semoga wife aku menjadi isteri yang solehah dan ibu mithali... insya Allah.

Ibtisam Awfiyah
 Pasal keje lak... aku dah pun berjaya bertemu dengan karier aku. Sebelum2 ni hanyalah 'kerja' semata2. Takde kepuasan dalam bekerja. Balik rumah menyumpah2 bos. Mana tak nya, banyak sangat 'lubang' yang tak boleh nak tampal. Kami lah yang jadi balaci aka Bangla. Walaupun keje dengan MNC, tapi memang tak-boleh-blah. Benefit tah-pape-tah. Tu yang buat aku manjang tukar keje je. Akhirnya, pada tanggal 16 Julai 2010, berjaya gak dapat keje yang akhirnya menjadi karier buat aku... alhamdulillah.

Bermula dengan 'Temporary Exec' selama 6 bulan. Then di sambung lagi 6 bulan. Pastu sambung lagi setahun sebagai 'Executive - 1 year contract'. Tapi selepas 3 bulan menjalani hidup sebagai pekerja kontrak (dah macam buruh kasar lak kan?), line manager aku panggil... "Dek... big boss nak jumpa". Duhhh... aku paling tak suka kalau big boss nak jumpa... kecut perut. Mula lah terfikir macam2. Aku ada buat salah ke? Boss nak marah ke? Pehal ni wehhh? Siap dengan colleagues aku 2 orang dah ready kat dalam bilik big boss... pehhh... kes besar ni! Masuk bilik big boss dengan muka yang agak pucat (walaupun orang tak perasan coz kulit aku gelap... kekeke), rupa2nya nak ambik aku as a permanent staff. Yang dua orang tadi rupanya bos nak tanya pendapat diorang pasal keje aku sepanjang setahun lebih kat sini. 

Rupa2 nya line manager aku, senior2 aku, dan colleagues aku yang 2 orang tadi main peranan dalam usaha nak jadikan aku permanent. Bersoal-jawab dalam lebih kurang sejam, big boss setuju ambik aku keje. Gaji pun adjust balik. Benefit pun macam2... alhamdulillah... syukur padamu ya Allah. Terus ke surau... sujud syukur. Menitis air-mata-jantan atas sejadah (nasib baik takde orang petang tu). Ku panjatkan syukur pada yang Esa. Sebenarnya hari aku ditemuduga pun big boss dah bagitau... keje ni sementara je. Lepas 6 bulan memang tak sambung kontrak. Aku pun setuju je coz aku nak lari dari bidang aku sebelum ni. So aku anggap ni hanyalah sebagai batu loncatan (lompat-si-katak-lompat). Plan aku, lepas 6 bulan aku cari la keje lain. Tapi lepas 2 minggu keje, wife ku lak pregnant. Masa tu aku goyang. Kepala runsing. Semangat down. Aku jadi murung coz risau pasal masa depan kami sekeluarga. apa jadi lepas 6 bulan nanti? Camne nak sara keluarga aku nanti?

Setelah berminggu2 aku down, aku kembali pada yang Esa. Dah usaha... kena la berdo'a. Sekali lagi keimanan aku diduga. Kali ni pasal 'Percaya pada Allah' dan  'Percaya pada Qada' dan Qadar'. Mak aku call... ingatkan aku pasal benda2 ni. Then disuruh solat Dhuha setiap hari. Aku ikut nasihat mak aku. Rupa2nya memang solat Dhuha ni membuka rezeki kita. Aku dah alami benda ni. Sape2 yang baca blog ni please... buat la solat Dhuha. Tak kira sesibuk mana pun kita, stop keje tu kejap. Alaaa... setakat 5-10 minit je solat Dhuha ni. Insya Allah, rezeki datang mencurah2. Yakinlah!

Alhamdulillah... things are getting better now. Tambahan pula... kami dikurniakan cahaya mata yang comel dan bijak. Moga2 menjadi anak yang solehah dan berjaya di dunia dan akhirat... insya Allah. Tengah pusing2 kat alam maya ni... mencari sebuah rumah lak untuk kami pacal yang hina ini. 

NoTaKuKuKaKiKu: Nak start memblog balik lah...