Friday, July 02, 2010

Ruwaibidhah...

Memang dah akhir zaman dah pun skarang ni. Orang yang menipu dan memfitnah dikatakan betul semuanya manakala orang yang betul dikatakan salah semuanya. Yang ada unsur-unsur khianat pulak disuruh supaya pegang amanah manakala yang betul-betul amanah dikategorikan sebagai pengkhianat. Dari sekecil-kecil organisasi sampailah ke paling besar, dari cawangan parti politik sampailah ke parlimen, dari musim 'duren' hingga musim rambutan...semuanya ada golongan ruwaibidhah ni.

Kenapa suka sangat memfitnah a.k.a mengata, mengumpat, mencucuk, membodek??? Kepuasan diri? Atau mental disorder? Apa yang anda dapat? Satu hari nanti PASTI akan terdedah segala pekung di dada anda. Semua tu akan memakan diri sendiri. dari pengalaman aku, memang tak lama lah...sekejap sangat. Tak sampai setahun, orang sekeliling PASTI akan meluat, menyampah dan menyirap dengan perangai anda. Tunggu je lah masanya.

Kat ofis-ofis pun banyak sangat golongan ruwaibidhah ni. Budaya membodek dan mencucuk memang dah sinonim sangat dengan orang Melayu. Untuk dapatkan sesuatu, maka dibodeklah bos. Nak melaga-lagakan orang, maka dicucuk-cucuklah teman-temannya. Kebanyakannya perempuan. Diulang...PEREMPUAN. Tak peliklah Nabi pernah kata yang golongan perempuan ni lah yang paling ramai menghuni neraka jahanam. Kenapa perlu mengikut emosi? Akal yang pendek tu sepatutnya digunakan dengan baik. Cubalah panjangkan sikit akal anda. Cubalah berfikir sebelum mengiyakan sesuatu cerita. Cubalah kaji dan selidik setiap apa yang diperkatakan tentang si polan bin/binti si polan. Cubalah.........

Anda ada otak. Haiwan juga begitu. Jadi, apa bezanya anda dan haiwan? Semua orang boleh menjawab dengan tepat soalan di atas. Ya...jawapannya adalah AKAL. Tetapi tak semua orang boleh mempraktikkan sebaik mungkin. Gunakanlah sebaik-baiknya akal fikiran anda. Islam itu mudah. Islam itu selamat. Jika anda tidak waras, anda tak boleh berfikir dengan betul. Apa yang anda buat, semuanya dikecualikan Allah dari dosa dan pahala. Dan secara automatiknya anda akan dimasukkan ke dalam syurga. Nah...itu yang dijanjikan NYA. Tapi anda waras. Anda juga siuman. Itu yang membezakan anda dan orang gila. Otak adalah organ yang paling berharga buat manusia. Disebabkan itulah orang yang kurang siuman tidak dikira dosa dan pahalanya.

Dengan menggunakan otak, atau lebih tepat dipanggil AKAL, kita dapat menggerakkan tangan, kaki, lidah, telinga, dan semua anggota-anggota badan. Oleh itu, berkata-katalah anda dengan menggunakan AKAL...bukan dengan lidah semata-mata. Mendengarlah anda dengan menggunakan AKAL...bukan dengan telinga semata-mata. Dan berfikirlah anda dengan menggunakan AKAL...bukan dengan otak semata-mata. Itulah bezanya manusia dengan haiwan.

Aku anggap golongan ruwaibidhah ni sebagai virus dalam hidup manusia. Boleh juga dikategorikan sebagai penyakit hati. Hati yang busuk, hitam, dan berkarat. Ibarat dulang tembaga...kalau nak dicuci mestilah disental menggunakan 'Brasso' dengan kuat. Mungkin harus diulang setiap bulan atau setiap minggu supaya terhindar dari berkarat. Samalah macam manusia. Dengarlah kuliah-kuliah agama. Kalau tak boleh dengar tiap-tiap hari, dengarlah seminggu sekali. Kalau tak sempat juga, dengarlah sebulan sekali. Kalau semua tu masih lagi tak sempat, dengarlah setahun sekali. Kalau tak boleh juga? Fikirlah sendiri...

Muda hanya sekali...aku tau tu. Tapi hidup dan mati juga hanya sekali. Sementara masih bernyawa, bertaubatlah anda. Muhasabah diri anda setiap hari. Jika anda pernah memfitnah atau mencucuk-cucuk a.k.a melaga-lagakan teman-teman anda, mintalah kemaafan dari si polan. Jangan nak tunggu raya baru nak bermaaf-maafan.


NoTaKuKuKaKiKuKaKu: Semua yang di atas memang ada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah mati...berdasarkan pengalaman yang aku anggap begitu berharga :)

Wednesday, March 17, 2010

Islam Itu Selamat

Jemu, muak, menyampah...hari2 cerita pasal konon2 mendaulatkan Melayu, memartabatkan Melayu dan macam2 lagi kata2 dusta si pemimpin. Tapi hakikatnya? Tanah2 Melayu dibeli oleh pemimpin2 ni dengan harga yang sangat murah dan dijual pula dengan harga yang lebih mahal kepada bangsa Cina. Malah ada yang dijual kepada warga asing. Nak bantu Melayu konon. Tak cukup lagi? Melayu2 ini dijanjikan dengan pelbagai kemudahan...kononnya. Tapi itu semua janji2-manismu. Cakap tak serupa bikin. Anda sebagai pemimpin Melayu bertempik-terpekik-terlolong konon2 mendaulatkan bangsa Melayu. Ada apa dengan Melayu? Dan Melayu2 yang 'dibeli' ini masih lagi terus dihimpit kebodohan yang-amat-nyata. Bangunlah bangsa Melayu...bangun bersama agama nenek-moyangmu...Islam. Bukannya dengan bertanjak dan berkeris semata2. Tapi dengan iman kita yang nipis.

Pemimpin. Siapa yang layak memimpin? Tak semestinya Melayu. Tapi yang pastinya...Islam. Cina, India, Mat Saleh? Semua boleh. Asalkan Islam. Dan sebagai pemimpin, anda harus belajar. Cari ilmu...dan yang penting, berbakat. Bukannya 'wannabe'.

Melayu dah maju? Tidak...bukan Melayu, tapi Malaysia. Melayu itu masih mundur. Masih ketinggalan 10-20 tahun berbanding kaum2 yang lain. Kenapa tak tegakkan Islam? Jawapannya...takut.

Pemimpin2 ini takut?
Bukankah Islam itu selamat dan mudah?
Kenapa mereka rasa susah?

Takutlah...kalau Islam ditegakkan, tiada lagi 'duit kopi'...tiada lagi 'pendapatan' ratusan ribu. Mereka ini jumud! Sempit! Yang memimpin, Melayu. Dan Melayu yang dipimpin pula semakin terhimpit dek kejumudan pemimpin2 mereka.


Ad-deenul Haq itu bermaksud agama yang benar

Anda Islam? Bersyukurlah kalau anda dilahirkan sebagai Islam. Bukan Melayu ya! Melayu itu hanyalah satu kaum yang sangat kecil di dunia. Tapi jika berdiri atas nama Islam, kita menjadi sangat besar. "Kita ingin membela nasib Melayu"..."Kami berdiri atas nama Melayu!"..."Takkan Melayu hilang di dunia". Itu semua kenyataan2 rasis pemimpin2 kita...dari zaman penjajah lagi. Hinggalah sekarang...sikit2 Melayu. Ada apa dengan Melayu? Namanya pun ada perkataan 'layu' di situ.

Aku Melayu...
Ibu Bapaku juga Melayu...
Isteriku? Dah tentu la Melayu...
Saudara2ku pun Melayu...
Melayu itu sinonim dengan diriku...
Sehinggakan aku layu...
Layu tak disirami agama dan ilmu...

Tapi kenapa ku kritik juga kaum Melayu? Kita semua terlupa...bahawa Islam itu lebih penting. Bahkan ada yang memperlekehkan Islam. Contoh yang paling jelas, isu bertudung. Yang tak bertudung ni beranggapan bahawa mereka ini belum-sampai-seru. Belum-sampai-seru??? Mana datangnya istilah tu? Menutup aurat itu WAJIB hukumnya. Bukan sunat, bukan harus, bukan juga makruh. Sampai-seru atau tak, bukan alasan untuk tak bertudung. Bagi aku ini dikira sebagai menghina Islam. Jangan lupa, Islam itulah yang menyatupadukan kaum. Bukan persatuan atau pertubuhan...tapi Islam...agama Allah. Lihat contoh ini...seorang lelaki atau gadis bukan Islam wajib memeluk Islam untuk bernikah dengan pasangannya yang beragama Islam. Kenapa? Antara sebab2nya adalah untuk menyatupadukan semua kaum atas dunia ni.

Aku malu dengan Melayu...
Kenapa?
Sebab tak ramai yang mengenali kaum Melayu (kecuali di rantau Asia Tenggara)
Dan Melayu yang tak berapa ramai ini berlagak seperti dia lah yang paling berkuasa...merayu2
Sedangkan Islam itu amat besar...luas...tiada sempadan

Mana pilihan anda?
Tegakkan bangsa berdaulat? (tak rasis ke bunyinya?)
Ataupun tegakkan Islam? (lebih afdhal bukan?)



Entry kali ni bunyinya macam aku ni anti-kerajaan kan? Tapi itu-bukan-hakikat? Hakikat Islam sebagai Ad-Deen. Sesungguhnya agama di sisi Allah ialah Islam. Fakta belaka. Tiada rekaan di sini. Anda hipokrit (hipokrit yang tak elok)?

Apa bezanya di antara pertubuhan, persatuan dan parti politik berasaskan kaum dan pertubuhan berasaskan Islam? Jawapannya...yang berasaskan kaum itu takkan kemana2. Sentiasa berada di takuk lama. Ya...50 tahun dulu pun begitu (aku-belajar-sejarah). Sentiasa taksub dengan kaum sendiri hingga melupakan agamaNya. Dan yang berasaskan Islam semakin maju. Semakin dikenali ramai. Semakin didekati kebanyakan kaum. Kerana mereka itu manusia...dan Islam itu amat dekat dengan fitrah manusia. Cina, India, Iban, dan Kadazan tak suka Islam? Ye ke? Tak semua la. Tapi kenapa? Sebab tiada pendedahan. Kenapa tiada pendedahan? Sebab terlalu asyik dengan kaum Melayu. Sehingga lupa salah satu tanggungjawab kita yang bergelar manusia iaitu berdakwah.

Di TV...rancangan ilmiah (keagamaan) seminggu, hanya sekali. Sedangkan rancangan hiburan sehari, berkali2. Camne kaum lain nak tau tentang Islam? Negara Islam kah kita? Islam kah negara kita? Sanggup ke kita tengok anak2 kita sesat? Hilang dalam terang? Kalau jawapan anda YA, tandanya dunia memang sedang menghitung hari. Menghitung hari2 untuk MATI.

NoTaKuKuBeSi: Rasa bengang yang meluap2 sehingga tak tahu nak diluahkan ke mana. Islam itu selamat. Yakinlah!

Monday, March 08, 2010

What Kind of Leader Should You Be???

Ter'bahasa' Inggeris lak title kali ni. Tapi dalam bahasa Inggeris gak yang senang kalau nak diluahkan. Anda tau macam mana nak jadi leader yang bagus? Adakah cukup untuk seseorang tu baca buku (mungkin leadership for DUMMIES) atau buat research kat Internet tentang cara2 nak jadi leader? Hell no! Kalau pretend-to-be a good leader, baik tak payah! Buku dan Internet tu kalau setakat nak buat guide untuk kita boleh la. Apa ciri2 seorang leader yang bagus?


Bagi aku...1st sekali, dia mesti tau akhlak. Means...adab sesama manusia. Tak kira kau tu leader ke, balaci angkut najis ke, ataupun sape2 je, kau mesti tau adab sesama manusia. Adab di antara leader dan orang bawahannya camne? Leader mesti tegas. Ya...aku setuju banget. Tegas yer...bukan garang. Seorang leader yang garang tak semestinya dia bagus. Ramai leader yang aku jumpa sangat lemah lembut...tapi tegas. Bagi aku jugak, leader yang garang ni sebenarnya buat kerja ikut emosi. Bila ikut emosi, kerja jadi tak efisyen dan company tak produktif. Kebanyakan yang ikut emosi ni selalunya suka dikipas...tapi bukan semua yer. Contoh seorang leader yang bagus macam ni...katakanlah pekerja bawahan dia buat silap. Panggil dia masuk ke bilik anda dan tutup pintu. Kenapa kena tutup pintu? In case kalau terjadi apa2 pertengkaran ataupun salah satu pihak tak boleh nak control perasaan, staf2 yang lain takkan dengar. Kalau diorang ni dengar, kan ke staf-yang-kena-tegur tu malu? Dan menjatuhkan air muka seseorang kan berdosa? Bayangkan kalau anda (para leader), berada di tempat staf anda. Dan anda ditengking serta diherdik sekuat hati (pintu bilik leader anda terbuka) oleh leader anda. Apa perasaan anda? Suka? Seronok?Jangan sesekali menegur secara terbuka yer! Kalau anda tak bercakap dengan lembut, anda fikir staf anda akan dengar apa yang anda cakap? Comfirm tak! Masuk telinga kiri, keluar telinga kanan...masuk ikut mulut, keluar ikut @#$^%!. Dan staf anda akan mengalami depression. Bila dah depressed, motivasinya takde. Bila dah takde motivasi, kerja pun lingkup. Ni semua psikologi la...fikirkanlah!

2nd...tanya staf tu apa masalah yang sebenar. Bagi peluang untuk dia bercakap. Come on...kat mahkamah pun OKT (orang-kena-tuduh) boleh bela diri dia sendiri. So bagi la peluang yer. Baru la kita tau cerita yang sebenarnya. Owh...sebelum tu...buat analisis dulu. Tengok rekod dia...pernah ke dia buat silap sebelum ni? Kalau sebelum ni dah berkali2 ulang kesalahan yang sama, YES...memang layak dimarahi seolah2 tiada esok bagimu! Tapi kalau itu kesalahan dia yang pertama macam mana? Senang je...cakap elok2. Bagi nasihat dan teguran yang MEMBINA. Bukan tengking, herdik, caci or maki. Sebabnya? Sebabnya...mungkin dia salah. Tapi mungkin itu bukan salah dia 100%. Mungkin banyak pihak yang terlibat. So, berhati2 la lepas tu. Monitor kerja2 anda dan staf anda. Teach them to be you...or CLONE...that's it! The best word ever.

3rd...pantau or monitor staf itu di masa2 akan datang. Guide dia untuk buat kerja dengan baik. Bukan cari kesalahan2 yang dia buat. Setiap manusia buat silap. Anda sebagai leader pun ada buat silap. Kalau kesilapan tu sengaja dicari, memang akan jumpa la...biarpun sekecil zarah. Sama gak kalau kita cari duit. Kalau kita sungguh2 nak cari duit, agak2 dapat tak? Kat kaki lima tu confirm akan jumpa duit walau 1 sen. Cubalah cari kelebihan2 staf anda. Kaji apa yang diorang boleh buat. Jangan cari apa yang diorang tak boleh buat. Barulah produktif. Anda berusaha untuk mencari kesilapan...tapi bukan itu yang sepatutnya.Mungkin dari sudut kerja, anda yang terbaik. Tapi dari segi gaya kepimpinan anda, corak kepimpinan anda macam mana? Selari ke dengan kerja yang anda buat? Seimbang ke?

4th...nak jadi leader ni bukan senang. Banyak dugaannya. Kita akan jumpa staf yang suka mengipas...atau dalam erti kata lainnya...BODEK. Yang membodek, dilayan dengan penuh kesantunan. Penuh adab dan tatasusila. Tapi yang tak reti nak bodek, dilayan bak anjing kurap. Adilkah anda sebagai leader? Anda juga akan berhadapan dengan situasi yang sangat genting. Mungkin paling genting dalam hidup anda (atau mungkinkah layak dipanggil segenting kera?). Dan sebagai leader yang bagus, seharusnya anda bijak membuat keputusan dan mencari jalan penyelesaiannya. Di sini akal dan fikiran menjadi keutamaan. Bukan emosi.

5th...dan yang paling penting, seorang leader harus berani menerima segala kritikan. Dia juga kena ikhlas menerima teguran dari staf2 dia. Apa? Ingat leader takde buat silap ke? Ramai leader yang aku jumpa tak boleh nak terima teguran2 macam ni. Kalau ada yang berani2 nak tegur, confirm kena cantas awal2. Ini bukan demokratik...inilah yang dinamakan autokratik. Pemerintahan kuku-besi. Contohnya, dalam meeting...punya la hebat berhujah. Mintak pendapat staf2 yang lain. Konon2 akan consider la segala cadangan. Tapi akhirnya dia buat keputusan sendiri. Seolah2 apa? Ya...seolah2 dia je la yang betul (sebab tu la dia naik pangkat...konon2). Selfishness...perkataan yang tepat dibidik oleh aku. Trust your people...and you have to know them to know your strength!!!

Fikirkanlah wahai para leader seantero dunia. Jika anda inginkan kerja anda berjalan dengan lancar, praktikkan la apa yang aku-seorang-balaci ni tulis. Respek daripada staf2 anda sangat penting. Anda pasti tak nak staf2 anda memandang lekeh pada anda bukan? Anda harus dicerminkan, barulah anda dapat lihat rupa anda yang sebenar. Jangan anggap anda sentiasa betul. Buat anda (leader2), tanggungjawab anda sangat berat. Jangan sampai disalahgunakan dan tersilap-guna kuasa anda. Di hari muka, anda yang akan disoal. Apa yang kau buat pada si polan? Kenapa? Bagaimana? Dan buat staf2, jadilah pekerja yang berdisiplin, dan penuh dedikasi. Respek itu akan datang dengan sendirinya pada anda...

NoTaKaKiKuKaKu: Artikel ini tidak diciplak dari mana2 pihak. Ia hanyalah pengalaman dan pendapat 2 sen penulis...

Monday, March 01, 2010

Aku, Roti & Lif

Hampeh. Dah la cirit birit. Stuck kat dalam lif lak tu. Apa la malang sangat nasib aku semalam. Aku sorang lak tu yang terkurung. Elok je sampai kat tingkat 12, lif tu jem. Lampu padam. Kipas pun stop. Panik gak la kejap. Nak call emergency line, henpon lak takde (aku pakai public phone je). Dah la pakai kain je. Lepas panik aku dah hilang, mula la aku nak bertindak ala2 James Bond. Akal MacGyver pun mencurah2 datang. Terfikir nak panjat atas bumbung lif ni...kekeke. Jangan la harap...terpengaruh betul dengan citer2 omputih. Lepas 15 minit, dah rasa macam susah nak bernafas. Adehh...mencabar minda betul la time2 camtu. Time2 maghrib la nak jadi benda2 cobaan ni. Menyesal di sini pergi beli roti kat kedai-mamak-bawah-kondo ni.

Aku try bukak pintu lif yang kat dalam tu...yes!! Boleh!! Tapi pintu dalam je la. Pintu kat luar tu takleh la pulak. Menyirap betul. Nak nafas punya pasal, aku kuakkan jugak pintu luar tu. Nasib baik boleh gak sikit2. Gelap giler kat luar tu. Rupa2nya blackout. Aku pun memoncongkan mulutku ke celah pintu besi jahanam sambil meminta tolong...huhu. Ada gak hamba Allah yang dengar. Bagi kat dia nombor fon emergency tu. Alhamdulillah...tak sampai 10 minit ada orang datang bukak kan pintu. Fuhhh...nasib baik tak mati kepanasan + ketiadaan-udara + kehausan + kekainan (kekainan???). Brader tu boleh gelakkan je. Nak je aku sumbatkan dia kat dalam tu. Pastu tutup rapat2 pintu lif tu. Tapi sempat gak aku berterima kasih kat dia (budi bahasa budaya kita). Kalau dia tak datang lagi la parah. Tak sempat nak berborak lama disebabkan waktu maghrib pun dah suntuk.

Isteri tercinta dah menanti penuh gelisah kat rumah...kekeke. Aku lak boleh rilek je masuk...dengan baju yang basah. Nasib baik roti tak basah gak. Penat wehhhh!!! Dah kena mandi balik...hampeh. Sampai hari ni aku fobia nak naik lif. Tengok lif pun tak nak. Tapi terpaksa gak naik. Takkan nak menapak 15 tingkat hari2.

NoTaKaKiKuKaKuBiLaLiFKaKu: Nak pindah rumah bawah la pulak!!!

Thursday, February 18, 2010

BLACK OIL??? (Kisah Benar)

Alkisah disuatu pagi yang dingin, di sebuah stesen minyak, bertempat di Taman Shamelin...

Nyonya: Itu black oil ada ka?
Pekerja 1: Ada...sekejap aaa

Pekerja 1 pun pergi cari dan bagi kat nyonya tu...

Nyonya: Aiyyaa...bukan ini loh. Wa mau black oil

Pekerja 1 tu tanya kat kawan dia (Pekerja 2)

Pekerja 1: Mat! Minyak hitam kat mana eh? (dengan muka yang penuh kekonfiusan)
Pekerja 2: Kat hujung tu la. Takde ke?

Lagi sekali Pekerja 1 tunjukkan nyonya tu minyak hitam yang sama macam tadi...

Pekerja 1: Ni minyak hitam la nyonya. U mau yang macam mana?
Nyonya: Haishhh...ini bukan black oil. Ini motor oil. Wa pakai keleta tau! Bukan motor... (???)
Pekerja 2: Minyak hitam la ni auntie. Kita tak panggil black oil. Kita panggil motor oil. Motor oil tu minyak hitam la...*%$#@&*^#
Nyonya: Owh...ya ka??? (Sambil garu kepala)

Salah siapa? Syarikat yang letak nama minyak hitam tu ke salah nyonya tu? Pening palo den nak pikirkan bondo2 camni. Pagi2 lak tu...


ni la 'Black Oil' yang diceritakan di atas (gambar ihsan dari mudah.my)

NoTaKaKiKu: Patutkah ditukar nama produk ni kepada Car Oil? Tak adil la pulak untuk lori, bas, keretapi, kapal selam, bot nelayan, dan yang sewaktu dengannya kan kan kan???

Sunday, February 07, 2010

Atok

Tiba2 je aku rasa nak nangis bila tengok drama-swasta "Buah Hati Umi" kat TV2 tadi. Tak pernah la aku nangis kalau tengok citer2 sedih ni. Tapi citer ni memang buat aku teringat kat arwah atok aku...citer pasal orang tua yang dah nyanyuk dan ada anak2 dia yang tak nak jaga dia. Lebih kurang amnesia la kata doktor. Huh...anak derhaka namanya kan?

Dari pengalaman aku, amnesia ni akan buat si pesakit tak mampu nak ingat benda2 yang baru. Tapi memori dia yang dulu2 sangat kuat. Sampaikan benda2 yang dah berpuluh2 tahun pun dia boleh ingat dengan detail. Kadang2 anak2 pun dia lupa. Pernah abah aku dipanggilnya Aji. Padahal menantu dia tu. Hehehe...tapi abah aku biasa la, tak pernah nak terasa kalau dengan atok aku tu. Dia layankan aje. Tapi yang jadi masalahnya bila ada sorang anak dia ni yang aku pun tak tau la dia ni tak paham ke atau buat2 tak paham dengan keadaan atok aku. Arwah atok pernah tuduh anak dia ambik duit dia. FYI, atok aku ni memang suka letak duit beratus2 kat dalam tali pinggang dia. So, memang selalu la tercicir kat mana2. Aku pernah tengok 5 keping not RM50 jatuh kat kedai makan. Nasib baik dengan aku. Kalau tak dah selamat RM250.

Nak dijadikan cerita, si cucu ni tak mengaku la dia ambik. Memang la dia tak ambik. Dan si anak pulak marah2 kat si arwah ni. Dikatanya macam2 pada si arwah. Ya Allah, Kau berilah balasan yang setimpal buat si anak derhaka. Tak boleh ke diorang ni faham keadaan si arwah tu? Umurnya bukan sikit. Masa tu dah pun cecah 80-an. Buat la kajian sikit pasal amnesia ni. Kalau aku yang cucu ni boleh je tahan dengan atok aku, takkan dia, si anak tak boleh??? Atok aku ni kalau diajak ke rumah parents aku mesti dia akan ajak aku jalan2 dengan kereta buruk aku dulu. Dia suka banget la dengan kereta tu. Pelik betul, tapi aku layankan aje. Keluar je rumah...tak sampai 5 minit dalam kereta, dia dah ajak minum. Lepas jalan2 dalam 15-20 minit, dia suruh berhenti minum lagi...katanya lapar, tak makan or minum lagi. Pelik kan? Sampai kadang2 tu 5 kali kitorang berhenti minum. Kalau minum je OK la kan? Tapi ni siap makan lagi. Tapi tu la hakikatnya. Umur dia bukannya panjang lagi. Kita sebagai orang muda, sebagai anak2, cucu2, kena la tahan. Kena sabar. Kalau dia boleh tahan dengan perangai kita masa kecik2, takkan kita tak boleh tahan sikit?

Bukan setakat tu yang dibuat oleh si anak tadi. Malah, macam2 lagi. Pernah tengok iklan Petronas masa raya? Yang ayah dia kena makan asing2...kena makan kat luar rumah sebab asyik tertumpah. Dan pinggan mangkuk, gelas, sudu, kena guna yang plastik. Pernah? Itulah yang pernah terjadi kat atok aku. Si anak bermusuh dengan ayahnya sendiri. Si anak rasa beban-yang-amat sebab jaga orang tua yang nyanyuk. Si anak dah tak sanggup jaga ayahnya walaupun umur si ayah dah tak berapa lama je lagi. Masya-Allah...memang dunia dah nak kiamat. Harap2 aku dan akak aku takkan jadi macam tu. Insya Allah kami berdua takkan derhaka. Insya Allah kami akan beri sepenuh perhatian pada diorang...Aamiiinn. Seorang ibu atau ayah boleh jaga 10 anak...tapi 10 anak2nya takkan berupaya nak jaga seorang ibu atau ayah. Fikirkanlah!


NoTaKuKuKaKiKuLuKa: Ya Allah! Kau berilah balasan yang setimpal di atas perbuatan mereka yang derhaka kepada ibu bapa mereka! Kau tunjukkanlah kepada kami kebenaran! Jadikanlah kami orang yang beriman dan anak yang soleh/solehah! Aamiiinn...





Thursday, January 21, 2010

Aku & Ketuat (bukan ketupat yer!)

Huh...hangin betul aku dengan ketuat ni. Dah setahun dah pun...tapi tak jugak tanggal2. Nasib baik tak merebak kat tempat lain. Dulu ketuat kat tumit aku ni kecik je...takdela aku heran sangat. Tapi makin lama makin besar lak. Tak leh jadi ni. Kena buat sesuatu. Biar la sakit pun...tetap akan ku hapuskan ia...muahahaha. Nanti kau ketuat jahanam!

Masa zaman sekolah2 dulu, ada gak sebiji kat tapak kaki ni. Tapi aku dah hapuskan dia awal2. Aku ambik pisau kecik, then aku bakar pisau tu sampai panas. Lepas tu aku tekapkan kat ketuat jahanam tu. Esoknya, ketuat tu tanggal sendiri. Hmm...tapi yang ni dah besar. Macam sakit lak kalau aku buat camtu. Nak try buat sesuat yang kurang sakit lak. Aku dah buat R&D (giler ahh...ada R&D ketuat tu!) pasal ketuat ni...camne kejadian dia, apa kelemahan dia, dan macam2 lagi la. Yes! Kelemahan dia tu yang penting. FYI, ketuat lemah pada kepanasan. Kepanasan akan membuatkan sel2 ketuat itu MATI. Tapi kena la dengan suhu yang bersesuaian.

Maknanya betul la apa yang aku buat dulu kan? Tapi kali ni aku nak rendam kaki dalam air panas. Oppss...bukan kaki...sebahagian kaki sahaja iaitu TUMIT-KU-YANG-COMEL. Nanti kau ketuat...berdo'alah banyak2. Ajal kau dah nak tiba...huh. Konon2 MY-LITTLE-FRIEND la tu. Hampess...kau menyusahkan aku. Kau menyakiti tumit ku. Takkan ku lepaskan kau wahai ketuat jahanam. Biar lama mana pun nak tanggalkan kau, aku tetap akan buat anjakan-paradigma...ala2 langkah drastik kerajaan gitu. Jaga cik ketuat...jaga!

NoTaKaKiKuBeRKeTuaT: Nak gi masak air!

Wednesday, January 06, 2010

Hamid Arshat The Return

Alhamdulillah...segalanya OK. Wife aku dah pun disahkan sihat 100%. Lepas scan tadi, Dr. Hamid Arshat buat conclusion yang dia ni dah pun sihat sepenuhnya. Cuma dia bagi ubat untuk cuci rahim je la. Terkejut gak aku...tak bersih lagi ke lepas buat D&C hari tu? Tapi dia kata benda tu normal. Memang biasanya ada balance2 kotoran lepas buat D&C...maklumlah, buat pun kat GH. Macam2 la yang kitorang tanya kat doktor tu...do and don'ts, bila boleh buat anak balik (buat anak???) dan macam2 lagi la.

Sebelum naik ke klinik tadi, aku pandang2 gak kat Restoran Al-Rufi (kat Damansara Heights) tu...kot2 ada la si Man tu (ofis dia kat sebelah klinik tu je). Tapi tak nampak la pulak. Tengah tunggu lif, nampak kelibat manusia berbadan sasa...kekeke. Ada rupanya mamat tu...terselit kat celah pokok bunga sambil menyedut kepulan asap. Main bahasa isyarat je la. Naik dulu...confirmkan appointment dengan receptionist tu dan turun balik lepak ngan Man. Man ni kalau lepak berdua ngan dia, macam2 la cerita (yang biasanya takkan diceritakan kalau ada Amy). Hmm...sabar je la Man. Nanti ada la jodoh lu. Nak nikah ni bukan boleh main sebat je. Kena jadi cerewet sikit!

Lepas selesai check-up, kitorang pun terus balik. Wife aku ambik time-slip, so tak payah la masuk ofis balik. Teruskan je perjalanan pulang ke rumah.

NoTaKaKiKu: Ku berdo'a kepadamu ya Allah...kurniakanlah zuriat yang sihat, comel, dan soleh...aamiiin

Sunday, January 03, 2010

01/01/10...Jumaat. Apa aku buat di kala tahun baru? Pagi2 lagi dah sibuk. Bangun...siap2 dan terus gerak ke Kelana Jaya...ada wedding sepupu blah mak aku. Ikutkan hati, nak je aku tido sampai tengahari...tapi takkan tak pergi lak wedding dia kan? Alhamdulillah...dah pun diijabkabulkan di Masjid Al-Hidayah, SS3 Kelana Jaya. Selamat pengantin baru diucapkan kepada Siti Sara bt Sarif. Semoga berkekalan sehingga ke akhir hayat dan dapat baby yang comel bangat...insya Allah.

Selesai je majlis akad nikah, terus balik rumah...solat Jumaat di Pandan Jaya je la. Tak selesa lak aku nak solat kat Kelana Jaya tu. Kena balik rumah, mandi dulu. Lepas je solat, tak sempat parking lagi macha cuci kereta kat rumah ni panggil aku...nak cuci kereta katanya. Bagus gila kan dia tu? Biasanya kita yang fikir 2-3 kali nak cuci kereta ke tak, tapi kali ni si tukang cuci lak yang sungguh2. Rupa-rupanya dia dah start cuci kereta kat sini luar dan dalam hari ni. Dulu aku bayar dia RM40 dan dia akan cuci 3 kali seminggu...tapi luar je la. Start hari ni dia akan cuci 2 kali seminggu tapi luar dan dalam (4pm-12am). Perghhh...complete tu. Bagus gak tapi nak kena hantar kat dia la. Takpe la...dia pun nak cari rezeki gak kan? Settle je kereta aku berkilat2, ada lak customer SMS, nak ambik stok Eumora. Wife aku lak nak beli barang2 dapur. So, bergegas lak ke Kg. Baru (hantar stok) dan beralih arah ke Tesco Extra Taman Midah (detail giler kan???). Sebab kitorang tak pernah shopping barang2 dapur kat situ...saja la nak beralih angin (padahal dekat je dengan Tesco Ampang).

Lepas shopping, singgah makan kat Kedai-Nasi-Ayam (Chicken Rice Shop la tu). Tengah kitorang khusyuk kedarah, aku terpandang satu family Cina kat depan kitorang. Eleh...biasa je kan? Tapi yang ni agak luar biasa. Dalam ramai2 ahli keluarga dia tu, ada sorang yang pakai tudung. Aku pandang wife aku...dia pun ternganga (sebab ada kulit ayam terlekat kat gigi aku). Rupa2nya dia tu muallaf. Kagum sungguh dengan family tu. Biasanya si muallaf mesti dah kena 'buang' keluarga tapi yang ni siap makan sama2 lagi. Alhamdulillah...mudah2an family dia pun terbuka pintu hati nak masuk Islam...amiiin. Masa on the way nak balik rumah, aku still lagi menyatakan kekaguman aku dengan family tadi kat wife aku...sengih je la dia. Sampai kat rumah pun, kagum aku tu tak hilang2 lagi. Bangun pagi esok...eyyy...brape punya banyak kagum daaa? Cukup la tu...dah bangun pagi tu, dah hilang dah kekaguman itu.

NoTaKaKiKuKaKu: Kagum dengan kekuasaan Allah yang Maha Esa...