Sunday, February 07, 2010

Atok

Tiba2 je aku rasa nak nangis bila tengok drama-swasta "Buah Hati Umi" kat TV2 tadi. Tak pernah la aku nangis kalau tengok citer2 sedih ni. Tapi citer ni memang buat aku teringat kat arwah atok aku...citer pasal orang tua yang dah nyanyuk dan ada anak2 dia yang tak nak jaga dia. Lebih kurang amnesia la kata doktor. Huh...anak derhaka namanya kan?

Dari pengalaman aku, amnesia ni akan buat si pesakit tak mampu nak ingat benda2 yang baru. Tapi memori dia yang dulu2 sangat kuat. Sampaikan benda2 yang dah berpuluh2 tahun pun dia boleh ingat dengan detail. Kadang2 anak2 pun dia lupa. Pernah abah aku dipanggilnya Aji. Padahal menantu dia tu. Hehehe...tapi abah aku biasa la, tak pernah nak terasa kalau dengan atok aku tu. Dia layankan aje. Tapi yang jadi masalahnya bila ada sorang anak dia ni yang aku pun tak tau la dia ni tak paham ke atau buat2 tak paham dengan keadaan atok aku. Arwah atok pernah tuduh anak dia ambik duit dia. FYI, atok aku ni memang suka letak duit beratus2 kat dalam tali pinggang dia. So, memang selalu la tercicir kat mana2. Aku pernah tengok 5 keping not RM50 jatuh kat kedai makan. Nasib baik dengan aku. Kalau tak dah selamat RM250.

Nak dijadikan cerita, si cucu ni tak mengaku la dia ambik. Memang la dia tak ambik. Dan si anak pulak marah2 kat si arwah ni. Dikatanya macam2 pada si arwah. Ya Allah, Kau berilah balasan yang setimpal buat si anak derhaka. Tak boleh ke diorang ni faham keadaan si arwah tu? Umurnya bukan sikit. Masa tu dah pun cecah 80-an. Buat la kajian sikit pasal amnesia ni. Kalau aku yang cucu ni boleh je tahan dengan atok aku, takkan dia, si anak tak boleh??? Atok aku ni kalau diajak ke rumah parents aku mesti dia akan ajak aku jalan2 dengan kereta buruk aku dulu. Dia suka banget la dengan kereta tu. Pelik betul, tapi aku layankan aje. Keluar je rumah...tak sampai 5 minit dalam kereta, dia dah ajak minum. Lepas jalan2 dalam 15-20 minit, dia suruh berhenti minum lagi...katanya lapar, tak makan or minum lagi. Pelik kan? Sampai kadang2 tu 5 kali kitorang berhenti minum. Kalau minum je OK la kan? Tapi ni siap makan lagi. Tapi tu la hakikatnya. Umur dia bukannya panjang lagi. Kita sebagai orang muda, sebagai anak2, cucu2, kena la tahan. Kena sabar. Kalau dia boleh tahan dengan perangai kita masa kecik2, takkan kita tak boleh tahan sikit?

Bukan setakat tu yang dibuat oleh si anak tadi. Malah, macam2 lagi. Pernah tengok iklan Petronas masa raya? Yang ayah dia kena makan asing2...kena makan kat luar rumah sebab asyik tertumpah. Dan pinggan mangkuk, gelas, sudu, kena guna yang plastik. Pernah? Itulah yang pernah terjadi kat atok aku. Si anak bermusuh dengan ayahnya sendiri. Si anak rasa beban-yang-amat sebab jaga orang tua yang nyanyuk. Si anak dah tak sanggup jaga ayahnya walaupun umur si ayah dah tak berapa lama je lagi. Masya-Allah...memang dunia dah nak kiamat. Harap2 aku dan akak aku takkan jadi macam tu. Insya Allah kami berdua takkan derhaka. Insya Allah kami akan beri sepenuh perhatian pada diorang...Aamiiinn. Seorang ibu atau ayah boleh jaga 10 anak...tapi 10 anak2nya takkan berupaya nak jaga seorang ibu atau ayah. Fikirkanlah!


NoTaKuKuKaKiKuLuKa: Ya Allah! Kau berilah balasan yang setimpal di atas perbuatan mereka yang derhaka kepada ibu bapa mereka! Kau tunjukkanlah kepada kami kebenaran! Jadikanlah kami orang yang beriman dan anak yang soleh/solehah! Aamiiinn...





No comments: